Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Cuak Ingatkan Banjir Dalam Rumah, Rupa-Rupanya Kerja Si Kucing Yang Buka Paip

Habis basah rumah kau buat ya meow.

Cover image via @zul_taylor12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi sesiapa yang ada kucing pasti faham akan gelagat mereka ini yang memang tak boleh duduk diam

Pasti kadang kala ada saja perkara yang tak dijangkakan berlaku dalam rumah. Contohnya seperti merosakkan harta benda di dalam rumah. Memang tidak dapat dinafikan geram dengan si comel ini tapi merekalah penghibur hati dikala sunyi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemilik kucing terpaksa berdepan dengan situasi cemas setelah berlaku satu kejadian yang dilakukan oleh kucing peliharaannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kucing-kucing pergi buka paip di dapur sampai banjir

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki memberitahu dia merasa terkejut selepas melihat keadaan rumahnya yang dipenuhi dengan air sebaik saja bangun dari tidur. Keseluruhan lantai rumahnya dilihat dipenuhi dengan air yang bertakung.

Tetapi, banjir itu bukan sama sekali datang daripada air hujan malah rupa-rupanya kerja kucing-kucing peliharaannya yang melakukan perkara tersebut.

Difahamkan kucing-kucing peliharaannya itu telah membuka paip di dapur dan menyebabkan banjir berlaku di dalam rumahnya. Menurutnya ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini pun pernah berlaku perkara sama yang dilakukan oleh kucing-kucingnya itu.

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

"Musim panas, nak pergi swimming tak kasi. Dorang buat swimming pool sendiri" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kucing-kucingnya itu. Malah, ada yang berpendapat kucing-kucingnya itu mahukan hiburan semata.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 117.5K views, 12.1K likes dan 416 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Image via @zul_taylor12 (TikTok)

Sabar jelah ya dapat kucing-kucing nakal macam ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment