[VIDEO] "Dah Bagi Signal Awal" - Ramai Kecam Tindakan Rider Ini Tendang Side Mirror Myvi
Harap owner kereta Myvi ini tabah dan bersabar.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sering mendengar atau lihat video pelbagai aksi kereta Perodua Myvi yang berada di luar jangkaan
Jadi, tidak hairanlah kalau Myvi ini memang digelar 'King of the road' kerana aksi-aksinya ketika di atas jalan raya. Malah, bukan semua kereta boleh melakukan sebagaimana Myvi melakukannya.
Walau bagaimanapun, tular di Facebook baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal menendang cermin sisi sebuah kereta Myvi di lokasi kejadian yang tidak diketahui.
Rakaman 8 saat itu menunjukkan kereta Myvi tersebut tidak melakukan kesalahan yang mana dia memberikan signal lebih awal dan menukar lorong kanan secara perlahan bukannya bertindak melulu.
Namun, tindakan penunggang motosikal yang datang dari belakang secara laju membunyikan hon seolah memberi amaran agar memberi laluan kepada mereka dan salah seorang penunggang tersebut bertindak di luar batas.
Tonton video penuh tersebut di bawah:
Image via Hua Adnani (Facebook)
Image via Hua Adnani (Facebook)
"Kali pertama lihat posting Myvi diberi pembelaan" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.
Malah, ada yang mempersoalkan mengapa kebanyakan penunggang motosikal tetap menunggang motosikal secara melulu walaupun ketika jalan sibuk.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Hua Adnani (Facebook)
Image via Hua Adnani (Facebook)
Image via Hua Adnani (Facebook)
Semoga insiden ini dijadikan iktibar dan teladan yang baik kepada kita semua untuk lebih bertolak ansur serta berhemah di jalan raya :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment