[VIDEO] Driver Bas Cuba Elak Dari Langgar Kereta Tapi Reaksi Suara Latar Pula Curi Tumpuan
Cekap ya pemandu bas tu kawal.
Semua orang akan berasa cemas apabila melihat insiden yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku
Sebaik sahaja melihat situasi cemas itu, kemungkinan secara automatik kita akan menjerit ataupun memberi sebarang reaksi. Itu tandanya kita memberi respon terhadap situasi yang sedang berlaku.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok menunjukkan situasi cemas sebuah bas cuba untuk membelok dan mengelak daripada melanggar kenderaan di laluan sempit telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak fokus tengok situasi, tapi fokus dengar suara latar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syazwana.izy, dia menunjukkan situasi di mana sebuah bas ingin membelok simpang tetapi dihalang oleh beberapa buah kenderaan.
Situasi itu telah membuatkan ramai berasa gerun kerana bimbang bas melanggar beberapa buah kenderaan disitu. Namun disebabkan kecekapan pemandu bas itu, dia berjaya melepasi laluan tersebut.
Sebenarnya, rakaman ini ingin menunjukkan situasi itu tetapi ramai pula netizen yang terhibur dengan suara latar video tersebut. Mereka seolah-olah seperti pengulas tentang situasi yang berlaku.
Image via @syazwana.izy (TikTok)
Image via @syazwana.izy (TikTok)
"Ya Allah terhiburnya. Kita tengok pun rasa nak bersorak sekali." - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar suara latar video tersebut dan turut memuji kecekapan pemandu bas itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.6M views, 86.4K likes dan 3,919 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @syazwana.izy (TikTok)
Image via @syazwana.izy (TikTok)
Image via @syazwana.izy (TikTok)
Image via @syazwana.izy (TikTok)
Image via @syazwana.izy (TikTok)
Apa-apa pun pemandu bas tu memang terbaik! :D
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment