[VIDEO] Duduk Rumah Sewa Bujang, Tapi Masak Macam Mak-Mak. Student UiTM Memang Rare!
Difahamkan, dia dan rakan serumahnya membahagikan kos bahan masakan tersebut kepada setiap isi rumah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menimba ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada zaman yang serba mencabar ini bukanlah tugas yang mudah
Itulah sebabnya, ada di antara mereka yang lebih suka makan makanan segera seperti Maggi kerana masa yang terhad dan untuk menjimatkan belanja.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, kelihatan menu harian TikTok dan rakan serumahnya menonjolkan kepelbagaian hidangan yang disediakan, berbeza dengan kebiasaan rumah bujang lain yang mungkin cenderung kepada hidangan yang lebih ringkas.
Antara hidangan yang disediakan oleh kumpulan pelajar lelaki itu termasuklah siakap tiga rasa, kari ayam, ayam goreng, nasi khao mok, nasi lemak, ayam masak merah, dan ayam pad khra pao.
Mereka juga mahir dalam memasak kuih seperti cucur bawang dan kuih koci.
“Selalu orang ingat student lelaki kalau sewa rumah makan maggi je, hahaha nope! Kami masak macam-macam makanan kot, macam restoran dah,” tulisnya di kapsyen.
Image via @akmalnizar04 (TikTok)
Difahamkan, mereka kongsi duit untuk beli barang masak
Apa yang lebih menarik perhatian adalah para pelajar lelaki tersebut memiliki peralatan memasak lengkap seperti air fryer, periuk nasi, dan pengukus, yang jarang terdapat di rumah sewa pelajar, terutamanya yang diduduki oleh lelaki.
Menerusi ruang komen, pelajar tersebut menyatakan bahawa mereka akan membuat senarai hidangan yang ingin dimasak dan berkongsi kos tersebut di antara setiap penghuni rumah.
Ramai yang teruja melihat kesungguhan sekumpulan pelajar ini memasak!
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah boleh buka restoran makan dah ni bang. Hebat betul!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment