[VIDEO] Gadis Cuak Kena Kacau Dengan Lelaki Tak Dikenali, Siap Duduk Sebelah Member
Tak ada kerja betul diaorang ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gangguan seksual bukanlah satu perkara yang perlu diambil mudah dalam zaman sekarang
Tambahan lagi dengan kecanggihan teknologi masa ini, memang macam-macam boleh berlaku. Kebiasaannya gangguan seksual banyak dialami oleh kaum wanita.
Perkara itu sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila dua orang gadis dikacau oleh lelaki tidak dikenali telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah lepak dengan rakan tiba-tiba datang dua orang lelaki kacau
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya sambil duduk lepak bersama seorang rakannya disebelah. Difahamkan mereka berdua berada di taman perumahan sendiri.
Namun tidak lama selepas itu, datang dua orang lelaki bermotosikal tidak dikenali menghampiri mereka berdua dan memberitahu untuk berkenalan.
Bukan itu saja, salah seorang lelaki tersebut dengan selambanya duduk disebelah rakan gadis itu dan berkeras mahu meminta nombor telefonnya dan bertanyakan blok rumah mereka.
Situasi itu membuatkan gadis itu merasa tidak selesa dan takut walaupun dia sudah memberitahu supaya jangan kacau mereka berdua.
Nasib mereka berdua baik apabila lelaki tersebut beredar selepas rakan gadis itu memberikan nombor telefon teman lelakinya.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Aku yang lelaki pun dah takut" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang merasa takut jika kejadian seperti itu berlaku pada mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 241.7K likes dan 16.7K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Image via @nrkhaizatulll (TikTok)
Seram pula tengok cara lelaki tu, siap duduk sebelah lagi :/
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment