Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Gadis Ini Kongsi Cara Lelaki Kedai Mahu 'Berkenalan' Siap Bagi Nombor Dekat Resit

Sempat lagi ya selit nombor tu.

Cover image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya kita akan mendapat resit selepas membeli barangan di kedai atau pasar raya

Namun, ada yang tidak suka menyimpan resit pembelian dan terus membuangnya, tetapi ada juga yang jenis suka menyimpan sehingga penuh di dalam beg duit mereka.

Jika anda membeli barangan elektronik atau barangan mahal, dinasihatkan agar menyimpan resit pembelian ini bagi memudahkan urusan pertukaran atau refund nanti jika terdapat kerosakan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi cara seorang lelaki mahu berkenalan dengannya melalui resit pembelian menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terjumpa resit terselit nombor telefon di dalamnya

Menerusi video tersebut, gadis itu berkongsi tentang resit yang diterimanya di sebuah kedai. Dia pada mulanya ingin melihat kembali kod warna dan harga cat dinding yang dibelinya.

Tetapi kemudian semasa memeriksa resit itu dia ternampak sebuah pesanan ringkas di dalam resit itu yang memberitahu mahu berkenalan dengan dirinya. Difahamkan,resit itu dikeluarkan daripada seorang lelaki yang merupakan anak kepada owner kedai berkenaan.

Gadis itu menjelaskan mengapa dia tidak mahu mesej dan berkenalan dengan lelaki tersebut adalah kerana takut yang lelaki itu turut melakukan perkara sama kepada customer perempuan lain.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Lepasni kena baca resit dengan teliti hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan agar mereka juga akan lebih meneliti resit pembelian sebelum ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 482.3K views, 54.4K likes dan 1,603 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Image via @s0ftcloudy1 (TikTok)

Memang smooth betul cara bro tu minta nombor ya. Kena semak balik resit lepas ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment