[VIDEO] Gara-Gara Tak Pakai Baju Sedondon, Wanita Salah Pegang Laki Orang Ini Undang Tawa
"Boleh pula tersalah pasangan" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Trend memakai baju sedondon memang sangat popular terutamanya bagi pasangan suami isteri
Tambahan pula, apabila memuat naik gambar di media sosial pasti akan kelihatan sweet dan mendapat pujian ramai.
Tetapi, lain pula yang berlaku baru-baru ini apabila dua pasang suami isteri tertukar pasangan gara-gara tidak memakai baju sedondon telah mencuit hati netizen.
Lihat video penuh itu dibawah:
Ingat suami sendiri, siap pegang tangan lagi masa ambil gambar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiq_cukop, kelihatan dua pasangan memakai baju sedondon sedang mengambil gambar bersama pengantin di atas pelamin.
Wanita di sebelah kiri sakan bergambar sambil memegang tangan lelaki yang kononnya suaminya. Namun, tidak lama kemudian barulah dia sedar sebenarnya lelaki itu bukanlah suaminya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang suami di situ begitu terkejut lantas menampar dahinya. Selepas itu, mereka pun kembali kepada pangkuan pasangan masing-masing.
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
“Ingatkan betul la laki bini memasing…baju pula elok sedondon ye, rupanya bukan” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 2.5M tontonan, 171.1K tanda suka dan 1001 komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua pasangan itu.
Tinjauan di ruangan komen telah mendapati bahawa lelaki dan wanita yang berbaju hitam merupakan adik-beradik.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Image via @syafiq_cukop (TikTok)
Amboi bukan main lagi berdiri sebelah suami orang, nasib baik isterinya tak marah :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment