Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Reaksi Kanak-Kanak Ini 'Urut Dada' & Tahan Sabar Dengan Bapa Buat Netizen Cair

Kecik-kecik dah pandai bersabar. Bagus betul.

Cover image via @ieeko (Twitter)

Pastinya setiap pasangan yang berkahwin mahu mempunyai cahaya mata sendiri. Anak-anak merupakan penghibur dalam sesebuah rumah tangga.

Walaupun pada awalnya banyak ragam dan keletah yang mereka tunjukkan, namun itulah yang akan menjadi detik yang paling diingati dan bermakna buat ibu bapa.

Dengan teknologi yang ada pada masa kini, setiap momen boleh dirakam dengan mudah dan boleh dilihat semula kelak.

Sama seperti situasi yang berlaku kepada kanak-kanak lelaki ini apabila videonya bersama si bapa tular di Twitter kerana reaksinya yang begitu comel.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Buah Hatiku

Sabar dengan perangai bapa yang cuba menyakat dirinya

Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang sibuk mewarna lukisan 3D di tablet sambil ditemani bapanya.

Namun, tidak lama selepas itu bapanya secara tiba-tiba mengambil pen daripada kanak-kanak tersebut dan membuatkan dia seperti mengeluh dengan bapanya.

Apa yang lebih melucukan, kanak-kanak itu memberikan reaksi comel dan di luar jangkaan dengan mengurut dadanya seperti menahan sabar dengan karenah bapanya itu.

Minta balik pen mewarna dengan mencium pipi bapanya

Tidak lama selepas itu, dia merayu kepada ayahnya untuk memberikan semula pen tersebut dan kemudian mencium pipi si bapa.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak berkenaan

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 494.2K views, 35.3K retweets dan 47.3K likes.

Malah, ramai yang berpendapat gelagat kanak-kanak itu comel kerana dapat menahan sabar ketika bapanya menyakat.

Berikut di bawah antara komen-komen menarik daripada netizen di Twitter:

Comel betul time dia urut dada tu. Sabar jelah dengan perangai ayah awak ya dik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment