[VIDEO] Gelagat Lelaki Berlakon Jadi 'Babysitter' Lepas Nak Rompak Ini Buat Ramai Terhibur
Tambah tanggungan lah perompak ni.
Impak Covid-19 telah memberi kesan dan menyebabkan dunia mengalami krisis ekonomi global yang semakin membarah
Ini telah menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan. Lagi parah apabila harga barang semakin meningkat menjadikan rakyat tidak dapat membiayai kos sara hidup.
Oleh itu, ramai yang mengambil keputusan dengan menggunakan jalan singkat kerana terdesak.
Begitupun, lain pula ceritanya dengan sebuah video yang tular ini menunjukkan gelagat dua lelaki di mesin ATM telah meraih perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak 'merompak' tapi rasa kesian pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azhimhamka di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merompak seorang individu yang sedang melakukan transaksi kewangan di mesin ATM.
Namun, dia membatalkan tindakannya kerana terkejut dengan baki duit lelaki yang ingin dirompaknya itu. Dapat dilihat baki duit tersebut hanya tinggal RM1 sahaja.
Ini menyebabkan dia rasa bersalah dan kasihan serta mengambil keputusan untuk menjaga lelaki itu.
Dapat dilihat dalam video berkenaan, dia telah memberi makan, tempat tinggal dan mengajak lelaki tersebut tidur di rumahnya serta membawanya ke taman permainan.
Image via @azhimhamka (TikTok)
Image via @azhimhamka (TikTok)
"Bukan kawan baik dah ni, terus jadi babysitter haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 314.5K views, 26K likes dan 2,965 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan gelagat mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @azhimhamka (TikTok)
Image via @azhimhamka (TikTok)
Image via @azhimhamka (TikTok)
Image via @azhimhamka (TikTok)
Image via @azhimhamka (TikTok)
Nampak bersungguh-sungguh betul abang tu jaga dia ya :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment