[VIDEO] 'Geram' Ramai Salah Sebut Nama Tempat Di Kelantan, Lelaki Ini Ajar Sebutan Betul
Pahe dok?
Jika kita berkunjung ke negeri lain, dialek atau loghat adalah sangat berbeza
Tidak semua orang dapat memahami loghat sesebuah negeri itu kerana mungkin terlalu 'pekat' dan susah untuk difahami betul tak? Kadangkala nak menyebutnya pun boleh tersalah bunyi.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi cara sebutan yang betul nama tempat di Kelantan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ajar cara sebutan bunyi yang betul
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi luahan hatinya apabila ramai yang salah menyebut nama tempat di negeri Kelantan.
Antara nama tempat itu adalah Jeli dan Bachok. Dia kemudian mengajar bagaimana cara menyebutnya dengan bunyi yang betul.
"Kepada orang yang bukan Kelantan, ambo minta tolonglah sebut dengan betul nama daerah di negeri ini," katanya.
Image via @khaircobra1 (TikTok)
"Dio wajib sabdu gitu haa" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengusiknya untuk menyebut nama-nama tempat yang betul.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 375.7K views, 33.3K likes dan 826 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @khaircobra1 (TikTok)
Image via @khaircobra1 (TikTok)
Image via @khaircobra1 (TikTok)
Image via @khaircobra1 (TikTok)
Siapa yang nak pergi Kelantan jangan silap sebut okay :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment