Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Guna 5 Bahasa Berbeza Untuk Tetamu, Majlis Perkahwinan Ini Raih Perhatian Ramai

Wow hebat!

Cover image via @cikgudikda (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya setiap majlis kahwin pasti akan mempunyai pengacara majlis mereka untuk tetamu bukan?

Ia bagi memeriahkan lagi majlis tersebut sambil dapat mengetahui sedikit latar belakang pengantin dan aturcara majlis itu sendiri. Sudah tentu, bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu betul tak?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila majlis perkahwinan menggunakan lima bahasa berbeza ini telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna lima bahasa berbeza dengan lima pengacara majlis

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sedang berlangsung sebuah majlis perkahwinan yang tidak diiketahui lokasinya.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah majlis perkahwinan itu menggunakan lima bahasa berbeza sebagai penerangan kepada tetamu yang hadir iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis.

Malah, kelihatan terdapat empat orang pengacara yang berbeza untuk mengendalikan majlis itu. Difahamkan, mereka merupakan guru yang mengajar subjek-subjek tersebut dan ingin membuat kelainan.

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

"Macam naik flight ada macam-macam bahasa hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya. Ada juga yang memuji keluarga itu sangat kreatif dan unik. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 709.3K views, 74.3K likes dan 1,515 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Image via @cikgudikda (TikTok)

Bukan biasa-biasa majlis kahwin ni, memang lain daripada yang lain! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment