[VIDEO] Guna 'Parang' Sebagai Pemotong Pizza, Kedai Makan Rare Ini Raih Perhatian Ramai
Abang nak potong pizza ke sembelih orang?
Siapa saja yang tidak gemarkan hidangan popular seperti pizza bukan?
Pizza ini secara asalnya adalah menu hidangan dari Itali. Kalau ada perayaan atau majlis, hidangan pizza wajib ada sebagai satu menu, betul tak?
Kebiasaannya pizza ini dipotong dengan menggunakan pizza cutter wheel bukan? Tetapi lain pula dengan kedai makan ini apabila mereka menggunakan parang sebagai pemotong pizza telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba potong pizza guna parang tebas semak
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berada di sebuah kedai makan rare iaitu di Grass Street Kitchen (GSK), Paya Rumput, Melaka.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila sebaik sahaja pelayan keluar untuk menghantar makanan, dia dengan selamba membawa parang sekali.
Rupa-rupanya, parang itu digunakan sebagai gantian kepada pizza cutter wheel. Situasi itu membuatkan rata-rata netizen tertartik untuk datang di kedai rare ini.
Lihat video lain itu di bawah:
Image via @ownertengahhealing2022 (TikTok)
"Kalau begini nak tinggal sebutir nasi pun tak berani. Risau ditebasnya dengan parang" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 2.8M views, 149.3K likes dan 3,324 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ownertengahhealing2022 (TikTok)
Image via @ownertengahhealing2022 (TikTok)
Image via @ownertengahhealing2022 (TikTok)
Image via @ownertengahhealing2022 (TikTok)
Image via @ownertengahhealing2022 (TikTok)
Ini kalau nak complain tak sedap pun, fikir banyak kali ni :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment