Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Hantar Anak 'First Time' Masuk Tadika, Bapa Ini Menangis Kena Tinggal Si Kecil

"Tak boleh bayangkan kalau anak dia kahwin nanti" - Netizen.

Cover image via @deeylarusly (TikTok)

Sudah menjadi kebiasaan bagi para ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke tadika apabila sudah masuk umur 4 hingga 6 tahun

Pelbagai ragam yang kita selalu lihat pada hari pertama anak-anak dihantar masuk ke tadika. Contohnya ada yang menangis sebab tak pernah berjauhan dengan ibu bapa dan ada juga yang excited sebab dapat jumpa kawan-kawan baru.

Tetapi lain pula dengan kisah ini apabila gelagat seorang bapa menangis semasa hari pertama menghantar anak perempuannya ke tadika telah berjaya mencuri perhatian ramai.

Lihat video yang dimuat naik oleh isterinya itu di bawah:

First time hantar masuk tadika, ayah gagal kawal air mata sebab sedih kena tinggal dengan anak kesayangan

Image via @deeylarusly (TikTok)

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Deeyla Rusly, kelihatan suaminya sedang menangis sambil membawa kereta kerana sedih teringatkan anak perempuannya di tadika.

"Anak yang pergi sekolah, bapak yang sedih. Apa benda la abah hang ni, anak sekolah sampai 12.30 je. Dia dah setengah jam menangis. Anak hari pertama sekolah tapi bapak yang nangis beriya," katanya.

Sementara itu, anak kecil mereka juga dikatakan menangis dan mencari ayahnya semasa di tadika dan sebaik saja si ayah mengambilnya selepas habis sesi sekolah, kanak-kanak itu meraung dan meminta untuk mendukungnya. 

Image via @deeylarusly (TikTok)

"Nampak keikhlasan bapak, memang betul anak perempuan mesti sayang lebih kan" - Netizen

Video tersebut tular sehingga kini mencecah 200.4K tontonan, 15.7K tanda suka dan lebih 1,000 komen di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut tersentuh dan sedih melihat video itu yang diselitkan dengan background music filem Hindustan popular, Maan.

Ramai juga yang memuji sikap penyayang dan caring ayah kanak-kanak itu dan ada juga turut berkongsi rasa yang sama sebagai seorang bapa.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Image via @deeylarusly (TikTok)

Alahai sedih pula tengok ayah dia menangis macam tu, nampak sweet kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment