[VIDEO] Hilang Selera Makan, Wanita Terkejut Beli Nasi Lemak Dapat Sekali 'Sambal Cicak'
Gelinya tengok.
Nasi lemak merupakan makanan sarapan utama yang popular bagi rakyat Malaysia
Kadangkala kalau tak dapat makan nasi lemak pada waktu pagi rasa macam tak lengkap betul tak? Ditambah pula dengan minum teh tarik, memang kombinasi yang lengkap.
Banyak hari ini kita boleh lihat penjual nasi lemak di tepi jalan. Cuma bezanya ada yang sedap dan ada juga kurang sedap. Sebagai peniaga, kita perlulah meniaga dengan penuh ikhlas kerana kita menjual makanan. Kebersihan juga amat penting dalam sesebuah perniagaan.
Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa gelinya selepas membeli nasi lemak di sebuah gerai telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terkejut lihat ada cicak atas nasi lemak
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan semasa itu sedang berada di rumah. Difahamkan, dia telah membeli sebungkus nasi lemak yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Namun, dia terkejut ketika membuka bungkusan nasi lemak tersebut kerana terlihat seekor cicak di dalamnya yang sudah mati.
Lebih menggelikan, saiz cicak tersebut yang besar betul-betul berada di atas nasi lemak. Situasi itu membuatkan wanita berkenaan merasa geli dan meluahkan rasa kecewanya terhadap peniaga nasi lemak itu.
Image via @ffaateha (TikTok)
"Tak kan tak perasan langsung weh" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geli melihat video berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 578.3K views, 15K likes dan 2,327 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @ffaateha (TikTok)
Image via @ffaateha (TikTok)
Image via @ffaateha (TikTok)
Image via @ffaateha (TikTok)
Image via @ffaateha (TikTok)
Alamak, gelinya tengok. Besar pula cicak dalam tu :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment