[VIDEO] "Hilang Stress Aku Jap" - Budak Lelaki Mengaji Dengan Nenek Ini Curi Tumpuan Ramai
Boleh pula dia plot twist tu.
Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sudah pun dikuatkuasakan sejak 13 Januari yang lalu
Disebabkan itu, banyak aktiviti harian yang terjejas dan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Antaranya seperti sesi persekolahan yang tidak digalakkan untuk para pelajar hadir ke sekolah untuk pembelajaran. Kini mereka hanya menggunakan sistem pembelajaran secara online saja.
Namun, lain pula dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang budak lelaki yang sedang mengaji bersama neneknya mencuri tumpuan ramai.
Image via @akuikmalhanif (Twitter)
Nenek suruh doa lain, lain pula yang didoakan oleh kanak-kanak tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang mengaji bersama neneknya.
Namun selepas selesai mengaji, si nenek mengajar kanak-kanak lelaki berkenaan dengan bacaan doa yang berbunyi:
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku sebab aku melawan tokku," katanya.Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah apabila kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengikut bacaan doa itu tiba-tiba menukar ayat dibelakangnya dengan nada gurauan.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Tak nak kalah, dah lah baca tapi mata tak tengok iqra" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 157K views, 8.9K retweets dan 8.7K likes.
Aduhai, cepat je dia tukar ayat belakang tu. Panjang akal kau ya dik :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment