seismik

[RASMI] Nicol David Diiktiraf Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia. Malaysia Boleh!

Syabas dan tahniah!

Cover image via AIA & Prestige Online

Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David telah meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas mendapat undian sebanyak 318,943

Beliau sekali gus berjaya mengalahkan James Kehoe iaitu legenda tarik tali Ireland yang mendapat sebanyak 113,120 undian.

Manakala atlet powetlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Bersaing undian secara dalam talian dengan 23 calon sukan yang lain

Menurut laporan, beliau perlu bersaing undian secara dalam talian dengan 23 calon lain yang mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu iaitu dari 1981 hingga 2017.

Difahamkan, undian tersebut berakhir pada 9 malam tadi waktu Malaysia dengan mencatat satu lagi sejarah baru buat sukan negara yang memperlihatkan Nicol berada pada kelasnya tersendiri.

Undian yang dibuka sejak 8 Januari lalu itu menyenaraikan hanya 10 atlet dengan undian tertinggi akan terus bersaing bagi anugerah berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rojak Daily

Malah, berita itu turut dikongsikan oleh laman rasmi Twitter The World Games, yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Nicol atas pencapaian beliau dalam sukan squash.

Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia.

"Standing in the eyes of the world. Kebanggaan Malaysia" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa bangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian yang diperolehi beliau.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.1K retweets, 207 quotes tweets dan 1.2K likes di laman Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: