seismik

[VIDEO] "GTA Pun Tak Macam Ni" - Bantu Polis Sekat Penjenayah, Geng Abang Lori Ini Dipuji

Hebat abang-abang lori!

Cover image via Cawangan Mpvkluang (Facebook)

Pernahkah anda melihat aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah di jalan raya?

Jika anda pernah melihat insiden seperti itu, pastinya ia adalah satu kejadian yang mendebarkan kerana aksi mereka memang seolah-olah tidak ubah seperti dalam filem.

Sudah menjadi tugas polis untuk menangkap penjenayah yang melakukan kesalahan di dalam negara bagi memastikan keselamatan semua orang.

Namun, lain pula dengan kejadian yang tular baru-baru ini di Facebook apabila suasana kejar mengejar antara polis dan penjenayah ini mencuri tumpuan ramai.

Penjenayah cuba melarikan diri dengan memandu sangat laju

Menerusi video tersebut, difahamkan aksi kejar mengejar pihak polis itu adalah kerana ingin menangkap seorang individu yang telah melarikan diri dan tidak mahu berhenti.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan itu mencuri tumpuan ramai apabila suasana tersebut mendapat perhatian daripada geng-geng pemandu lori yang berada di situ.

Meskipun individu tersebut memandu dengan agak laju dan jauh, namun akhirnya usaha polis untuk menangkap individu tersebut telah berjaya.

Abang lori dan truckers bantu polis sekat jalan untuk penjenayah

Apa yang lebih menarik adalah kejayaan polis berjaya menahan kereta berkenaan ialah hasil bantuan daripada geng-geng pemandu lori dan truckers yang berada di situ.

Menerusi perkongsian itu, geng-geng lori dan truckers cuba untuk membantu pihak polis untuk menangkap individu tersebut dengan menyekat kereta itu di jalan raya.

"Walaupun saya pilot dalam dunia maya je. Respect untuk abang truckers" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kerjasama antara polis dan geng-geng lori tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Malah, ada yang menganggap kejadian itu seolah-olah seperti dalam permainan video dan seperti di dalam filem.

Ketika artikel ini di tulis, perkongsian berkenaan telah meraih 1.3K likes, 392 comments dan 1.6K shares.

Syabas buat abang polis dan geng-geng lori. Memang satu kerjasama yang baik :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: