seismik

[VIDEO] Tak Sangka Berjaya Islamkan Satu Kampung Di Sabah, Ebit Lew Terima Pujian Ramai

Selamat datang saudara baru.

Cover image via @ebitlew (Instagram)

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL) menangis gembira apabila beliau berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam

UEL menceritakan pada waktu itu beliau hadir ke Pulau Tatangan Semporna untuk misi bantuan kemanusiaan di negeri tersebut.

Katanya, kesemua penduduk di kawasan tersebut hanya tinggal di atas bot atau pondok kecil atas laut. Apa yang lebih menyedihkan adalah mereka terputus bekalan makanan dan hidup dalam kesusahan. 

Berjaya islamkan 157 orang penduduk di kawasan tersebut

Menerusi video perkongsian di laman Instagramnya, kelihatan sejumlah penduduk kampung itu sedang berada di atas bot masing-masing.

Namun ketika sedang memberi bantuan kepada 157 suku Bajau Laut atau Gipsi Laut, ramai yang datang kepada UEL dan bertanya tentang apa itu Tuhan dan siapa Tuhan?

Lihat video penuh itu di bawah:

Difahamkan, seramai 157 penduduk di situ telah memeluk Islam atas kerelaan hati mereka sendiri. Video tersebut juga menunjukkan mereka sedang berada di atas bot masing-masing sambil mengucapkan dua kalimah syahadah.

"Saya doakan syurga buat ustaz atas kebaikan ustaz yang paling disanjungi ini" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu dan tersentuh melihat video yang dikongsikan oleh UEL.

Malah, mereka menyifatkan ianya seperti perkara yang luar biasa dan sangat mengalu-alukan kedatangan saudara baru Islam tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 524K likes dan 19.5K comments.

Alhamdulillah, seronok tengok perkara macam ni. Makin ramai saudara baru kita :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: