seismik

Aksi 'Ball Control' Persis Marcelo, Kanak-Kanak Malaysia Ini Tarik Perhatian Peminat Bola

Hebat kau dik, terbaik!

Cover image via @theafcdotcom (Twitter) & Flixer Skills (YouTube)

Sukan bola sepak pastinya lebih diminati oleh ramai kaum lelaki berbanding wanita

Untuk peminat sukan ini terutama mereka yang meminati Liga Sepanyol khususnya pasukan Real Madrid tentu masih ingat antara momen terbaik pemain ketika perlawanan sedang berlangsung.

Jika dapat diimbas kembali pada tahun 2018 yang lalu, semasa Real Madrid menentang Bayern Munich dalam satu saingan UEFA, salah seorang pemain Real Madrid iaitu Marcelo telah mencuri tumpuan ramai apabila melakukan satu aksi yang menarik.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila pemain cilik dari Malaysia ini mencuri tumpuan netizen kerana aksinya yang sama seperti Marcelo itu.

Sambut ball control dengan kemas, persis pemain Real Madrid, Marcelo

Menerusi video tersebut, kelihatan pemain kanak-kanak yang berasal dari Malaysia itu sedang memakai jersi bernama Maro.

Dia kemudian dilihat membuat aksi 'ball control' dan menyambutnya dengan kemas sekali. Bukan itu saja, pemain yang menghantar bola kepadanya juga berjaya melakukan sepakan dengan tepat ke arah kanak-kanak tersebut.

Momen itu sama sekali tidak ubah seperti aksi Marcelo yang melakukan aksi yang sama semasa menyambut bola berkenaan.

Lihat video penuh itu di bawah:

"The pass are nice but the control are perfect" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terpegun dengan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak berkenaan.

Malah, ada yang menganggap kanak-kanak berkenaan boleh pergi lebih jauh dengan usia yang muda sebegitu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 79.7K views, 2.4K retweets dan 3.4K likes di laman Twitter.

Kecil-kecil dah hebat ya. Boleh pergi jauh ni nanti dalam dunia bola sepak. Good luck! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: