[VIDEO] Ibu Syok Buli Kembar Sampai Menangis, Tapi Ayat Si Anak Pula Curi Tumpuan Netizen
Comel sangat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kembar sudah semestinya anugerah paling bermakna buat pasangan suami isteri
Senang cerita, terus dapat pakej dua orang anak sekali gus. Tambahan pula jika mendapat kembar seiras, lagilah si ibu dan ayah teruja untuk membelikan pakaian mereka yang seragam dan cantik-cantik.
Namun, anak kembar juga mempunya pelbagai ragam yang mencuit hati dan kadangkala membuatkan si ibu dan ayah pening kepala melayan karenah mereka.
Sama seperti sebuah video tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat sepasang kembar menangis gara-gara 'dibuli' ibu mereka mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja sakat anak sampai dua-dua meraung, sekali tak pasal-pasal kena 'carut' di hujung video
Menerusi video yang dimuat naik daripada Bibie Dave itu, kelihatan dia sengaja mengusik kedua-dua anak kembarnya sehingga menangis.
"Mommy tak sayang, awak pun nakal sangat," katanya.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang kembar itu berkata "mommy babi" selepas tangisannya reda.
Si ibu terus terdiam mendengar ayat spontan yang keluar dari mulut anaknya itu dan sempat menulis di kapsyen "dari manalah kamu dengar ayat ni".
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
"Hahaha part last tu comel, ulang-ulang tengok" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 267.4K views, 24.8K likes dan 1.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kembar itu yang comel dan mencuit hati.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok;
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Image via @bibietoion (TikTok)
Ayat awak memang menduga dik, tapi disebabkan awak comel terus tak jadi marah :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment