Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Individu Terkejut Lihat 'Patch' Bendera Israel Di Jual Secara Terbuka Di Penang

Hmm.

Cover image via @truckers_adinda (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perang Israel-Palestin di Gaza kini sudah memasuki bulan ke-12

Namun, setakat ini tidak menunjukkan tanda akan reda atau berakhir. Apa yang paling menyedihkan, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.

Sejak perang meletus 7 Oktober tahun lalu, Hamas menuntut pengunduran penuh tentera rejim Zionis, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdegil dengan menegaskan tenteranya mesti kekal di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.

Malaysia telah bersuara mengenai isu ini dan berpegang teguh untuk terus bertahan bersama rakyat Palestin dan menentang kekejaman Zionis ini.

Image via Berita Harian

Individu jumpa lencana Israel untuk dijual

Namun, tular video di TikTok apabila seorang individu berkongsi rasa terkejutnya selepas melihat peniaga menjual lencana bendera Israel.

Menerusi video tersebut, difahamkan individu berkenaan sedang berada di Armenian Street, Penang.

Dia kemudian singgah di salah satu kedai dan terkejut selepas melihat ada lencana bendera Israel yang dijual di kedai tersebut. Malah, dia banyak kali mempersoalkan mengapa ia dijual secara terang-terangan di situ.

Lihat video itu di bawah:

Takkan peniaga tak perasan? Sensitif kalau isu macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment