[VIDEO] "Ingat Nak Libas" - Ayah Bawa Tali Pinggang Marah Anak, Sekali Lain Pula Jadinya
Tolong tengok sampai habis.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perwatakan dan figura seorang bapa biasanya jelas kelihatan tegas dan garang walaupun sifat sebenarnya sangat penyayang
Iyalah sebagai seorang ketua keluarga, sifatnya perlu disegani ramai terutamanya anak-anak supaya dapat melahirkan insan yang sopan dan penuh berhemah. Pun begitu, momen lucu dan kelakar juga perlu ada untuk menghiburkan suasana di rumah.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang ayah dilihat ingin melibas anak dengan tali pinggang tetapi bertukar menjadi insiden kelakar telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Acah nak libas anak, rupa-rupanya berlakon jadi ular
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang kanak-kanak itu sedang dimarahi oleh ayah mereka di ruang tamu rumah.
Si ayah dilihat memegang tali pinggang seolah-olah ingin melibas namun sebenarnya itu hanya menakutkan mereka saja. Kemudian, anak lelakinya dilihat terus menangis sambil berlari ke arah sofa.
Namun tak disangka-sangka, ayahnya dilihat membuat persembahan menggunakan tali pinggang yang dipegang. Dia berlakon seperti ular untuk memujuk anaknya yang sedang menangis itu.
Image via @fina_nor_erna (TikTok)
Image via @fina_nor_erna (TikTok)
"Aku baru nak maki sekali tengok gurau rupanya auto mengilai ketawa" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.8M tontonan, 261K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fina_nor_erna (TikTok)
Image via @fina_nor_erna (TikTok)
Image via @fina_nor_erna (TikTok)
Image via @fina_nor_erna (TikTok)
Aduhai, lawak betul lah. Nak kena panggil bomba ke macam mana ni? :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment