seismik

"Gurau Kasar" - Letak Itik Dalam Cadar Masa Tidur, Ramai Kesian Tengok Gadis Kena Prank

"Ni memang setan sebenar" - Netizen

Cover image via @montana.family (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Itik merupakan salah satu haiwan yang jinak tetapi pandai menyerang

Kadangkala, ia mengejar sehinggalah hampir mematuk kaki kita. Sesiapa saja memang akan pecut lari dan trauma teruk.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis kena prank dengan ayahnya semasa tidur telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sengaja letakkan itik masa tengah tidur supaya bergelut dalam cadar

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang tidur di dalam cadar dengan dilengkapi kipas. Tempat gadis itu tidur seolah-olah seperti tidur di dalam khemah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ayahnya cuba untuk prank anaknya dengan meletakkan seekor itik ke dalam cadar lalu menutup zipnya.

Gadis tersebut dilhat tersedar dan bergelut dengan itik itu di dalam cadar kerana terkejut. Tidak lama kemudian, dia dilihat dapat membuka cadar itu dan keluar. Mukanya kelihatan sangat penat dan takut.

"Jangan buat main, asal buat gurauan. Boleh undang maut tau, shock dengan cardiac arrest" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 3M tontonan, 120K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Kesian member tengah syok tidur, sekali ada pula itik join. Memang cari pasal!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: