seismik

"Nak Ikut Balik" - Bukan Setakat Dikejar, Lelaki Kena Gigit Angsa Ini Buat Ramai Panik

Memang dah jatuh cinta agaknya.

Cover image via @epysuffian (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada saja haiwan yang nampak jinak dari segi luarannya, tetapi sebenarnya dia boleh menyerang anda dengan tiba-tiba

Sebagai contoh, haiwan seperti angsa. Mereka ini nampak saja comel dan jinak, tetapi dalam diam mereka juga pandai menyerang dan menggigit.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki digigit dan dikejar angsa telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@epysuffian

Dugaan wei..ingat anjing ke pandai gigit? #fyp #spx #courier

original sound - epysuffian - epysuffian

Terpaksa hadap dugaan paling mencabar semasa hantar parcel

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menjalankan tugasnya untuk menghantar parcel ke rumah pelanggan.

Apa yang mengejutkan adalah apabila dia digigit angsa besar di depan halaman rumah itu. Dengan muka yang relaks, dia terpaksa menahan ketakutan. Namun, angsa itu kelihatan sudah 'melekat' di seluar bahagian belakangnya seperti tidak mahu lepas.

Sebaik saja angsa itu melepaskan gigitannya, dia dilihat lari ke dalam kereta tetapi masih juga dikejar oleh angsa itu.

"Angsa gigit bukan sakit pun, tapi bila dia kejar tu yang takut" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 259K tontonan, 24K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai cik angsa ni pun, silalah pulang ke tempat asal anda ya! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: