[VIDEO] "Jangan Bagi Dia Makan" - Penat Layan Kerenah Anak, Mak Cik Ini Bebel Macam Peluru
Mak marah sebab risau.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua ibu di seluruh dunia ini memang mempunyai sifat suka membebel
Kita sebagai anak kadangkala pasti akan merasa rimas dengan bebelan ibu bukan? Namun, percayalah sebenarnya mereka hanya risau dan ambil berat tentang kita.
Seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang ibu tidak berhenti membebel kepada anaknya yang dijangkiti Covid-19 telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ibu penat membebel tapi anaknya boleh pula sambut dengan ketawa sakan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yc.hka, kelihatan seorang gadis yang berkuarantin di dalam bilik sedang sakan menyakat ibunya.
Namun, apa yang melucukan apabila si ibu naik darah dan terus membalas dengan bebelan yang bertubi-tubi. Gadis itu pula tanpa rasa takut membalasnya kembali dengan ketawa terbahak-bahak.
"Buat lagi perangai, jalan sana jalan sini lepas tu menyusahkan orang", bebel ibunya. Pada akhir video tersebut, si ibu sempat menjeling dan mengugut tidak akan memberikan makanan kepada anaknya itu.
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
"Ni baru betul asian mom, mak yang sangat penyayang sebenarnya" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 608.9K views, 35.0K likes dan 459 comments di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar bebelan mak cik tersebut. Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman kena bebel dengan ibu masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Image via @yc.hka (TikTok)
Kalau mak membebel maksudnya dia sayang kita tu <3
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment