[VIDEO] “Jatuh Tergolek Masa Hiking” - Member Gelak Sambil Rakam Dulu Baru Nak Tolong
Tak sempat tolong, dia dah bangun sendiri!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti outdoor telah menjadi kegemaran orang ramai sejak kebelakangan ini
Ada yang meluangkan masa bersama rakan dan keluarga untuk pergi hiking, mandi sungai, mandi air terjun, piknik dan macam-macam lagi. Suasana yang riuh dan ceria sudah tentu seronok dan pasti menjadi momen yang terindah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok tentang sekumpulan rakan hiking tetapi salah seorang jatuh tergolek di cerun telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hilang keseimbangan badan lalu jatuh tergolek di cerun bukit
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berhiking di sebuah bukit yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang lelaki dilihat hilang keseimbangan badan dan jatuh tergolek di cerun semasa turun bukit.
Lebih melucukan lagi apabila rakannya sempat merakam dan mentertawakannya. Tidak sempat rakannya hendak menolong, lelaki itu sudah bangun daripada jatuhnya itu.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Kau ni kenapa syamil terpusing pusing" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang bersimpati dengan lelaki berbaju ungu kerana sudah terjatuh dua kali.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.5M tontonan, 236K tanda suka dan 4K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @anxppp.co (TikTok)
Image via @anxppp.co (TikTok)
Image via @anxppp.co (TikTok)
Image via @anxppp.co (TikTok)
Tak member lah kalau tak gelak dulu baru tolong :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment