[VIDEO] Jauh Beza Bila Mak & Anak Masak. Ramai Boleh Relate Dengan Lakonan Lelaki Ini!
Baik ngaku siapa macam ni juga.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya kalau di rumah, mak yang sentiasa masak untuk seisi keluarga
Semuanya akan disiapkan oleh sang ibu di rumah daripada memasak, hidangkan lauk sehinggalah mencuci pinggan mangkuk.
Baru-baru ini tular sebuah video berkenaan lakonan lelaki sedang memasak. Perbandingan yang dilakukan apabila mak dan dia sebagai anak yang masak ini menjadi tumpuan netizen di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lakonkan semula watak ibu dan anak ketika masuk dapur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @raffhamdan, kelihatan bahawa dia sedang membanding bezakan situasi apabila mak dan anak yang masak.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia meninggalkan kuali di dalam singki begitu saja sesudah selesai memasak.
Berbeza dengan mak yang mencuci kuali dengan bersih setelah selesai memasak. Perkara ini membuatkan ramai boleh relate!
Image via @raffhamdan (TikTok)
Image via @raffhamdan (TikTok)
Image via @raffhamdan (TikTok)
Image via @raffhamdan (TikTok)
Image via @raffhamdan (TikTok)
"Kalau aku, letak dekat singki pastu cakap tengah rendam" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 294K views, 38K likes dan 500 comments di aplikasi TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen terhibur dan mereka boleh relate dengan situasi ini. Ada yang berkongsikan pengalaman mereka juga. Malah, ada yang mengatakan bahawa situasi ini terbalik pula dengan mak mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @raffhamdan (TikTok)
Image via @raffhamdan (TikTok)
Image via @raffhamdan (TikTok)
Ha ingat, basuh je kuali atau pan tu kalau tak nak kena berleter dengan mak! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Jom prepare raya:
Leave a comment