[VIDEO] “Kata Nak Berbuka Sama” - Pemuda Ini Sedih Rakan Tak Muncul Lepas Dah Berjanji
Janji haruslah ditepati ya lain kali.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai yang ingin mengambil kesempatan untuk berbuka di luar bersama rakan-rakan dan ahli keluarga bukan?
Tambahan lagi, selepas kerajaan sudah membenarkan untuk makan di restoran. Sudah tentu ramai yang ambil waktu bulan puasa ini untuk berkumpul bersama.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda merasa kecewa kerana terpaksa berbuka sendirian walaupun rakannya sudah berjanji untuk berbuka bersama.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lama tunggu untuk berbuka sama, tapi rakan tak muncul-muncul
Menerusi video tersebut, pemuda itu memaparkan perkongsian mesej perbualana antara dia dengan rakannya melalui aplikasi WhatsApp.
Kelihatan rakannya itu yang pada mulanya mengajaknya keluar untuk berbuka bersama. Namun, selepas lama menunggu rakannya itu masih tidak munculkan diri walaupun waktu berbuka semakin hampir.
Apa yang lebih menyedihkan, pemuda itu terpaksa berbuka seorang diri tanpa kehadiran rakannya itu. Dia juga meluahkan rasa kecewanya itu dan mungkin akan lebih berhati-hati dengan perjanjian selepas ini.
Image via @finnfrhnx (TikTok)
Image via @finnfrhnx (TikTok)
"Dia yang ajak dia yang tak datang OMG" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan rakannya itu yang sudah berjanji tetapi tidak munculkan diri.
Malah, ramai yang masih bertanya apakah alasan sebenar rakannya itu berbuat demikian. Ada juga sehingga hari ini sampai mengalami trust issue terhadap rakan mereka sendiri.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 373.3K views, 52.1K likes dan 1,603 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @finnfrhnx (TikTok)
Image via @finnfrhnx (TikTok)
Image via @finnfrhnx (TikTok)
Image via @finnfrhnx (TikTok)
Image via @finnfrhnx (TikTok)
Masih ada lagi ya manusia macam ni. Dia yang beriya-iya lepastu tak datang.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment