Isteri Cuak Nampak Lipas Dekat Dapur, Tapi Cara Si Suami Ajar Halau Pula Yang Curi Tumpuan
Bila dua-dua takut lipas.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lipas merupakan serangga menggelikan dan sering terlihat di tempat kotor seperti sampah
Walaupun ia berbadan kecil, tetapi kehadirannya mampu membuat sesetengah orang merasa takut dan terus cabut lari bila melihatnya.
Tambahan lagi buat kaum wanita, pasti akan meminta pertolongan lelaki untuk menghalau serangga ini. Tapi, bukan perempuan saja, kadang kala lelaki pun ada yang takut padanya.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang suami yang cuba mengajar isterinya menghalau lipas menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta tolong suami halaukan tapi macam tiada beza
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri semasa itu mahu ke dapur untuk membancuh susu anak mereka.
Dia kemudian ternampak kelibat seekor lipas di dapurnya. Malah, wanita itu terus menjerit ketakutan apabila melihat lipas tersebut bergerak dan menghampirinya.
Dia juga telah meminta pertolongan suaminya untuk menghalau lipas tersebut. Tetapi, lelaki itu kemudian mengajarnya cara untuk menghalau lipas yang bunyinya seakan-akan mahu menghalau kucing.
"Kes macam ni kritikal, panggil AJK surau dan AJK taman pun boleh lari berjemaah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi wanita tersebut yang cuba menghalau serangga terbabit.
Malah, ramai yang berkongsi pendapat sama bahawa kes sebegini memang perkara yang sangat menakutkan lebih-lebih lagi jika kedua-duanya takut pada lipas.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47.2K views, 2,210 likes dan 81 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: