[VIDEO] Kawan Tak Nak Tukar Pemain Masa Lawan Futsal, Pemuda Ini Kecewa Terus Balik Rumah
Kesian dia, mesti dah semangat.
Mempunyai rakan-rakan yang ramai sememangnya menyeronokkan kerana kita tidak akan merasa bosan
Tambahan lagi, kita juga boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama betul tak? Lebih seronok jika kita tinggal sekali dengan mereka. Pasti ia adalah kenangan yang indah.
Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang pemuda ini apabila dia terpaksa membawa diri kerana rakan-rakannya enggan menukarnya di dalam perlawanan futsal telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kecewa rakan tak nak tukar pemain masa perlawanan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda semasa itu sedang berada di sebuah gelanggang futsal yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Namun, dia tiba-tiba dilihat beredar dan terus menaiki motornya. Difahamkan, dia sudah menunggu untuk pertukaran pemain, tetapi rakan-rakannya tidak berbuat demikian.
Disebabkan kecewa, dia terus beredar dari gelanggang tersebut.
Image via @aemieruls_ (TikTok)
"Makin kau berumur, makin kau banyak hilang kawan dik" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 305.4K views, 3,404 retweets dan 8,081 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Itulah lumrah kehidupan dik, bawa bersabar ya. Next time main lagi :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment