"Maaf Biar Kau Sendiri" - Sedih Lihat Keadaan Rakan, Sengsara Lepas Kekasih Meninggal
Semoga dia terus kuat.
Pemergian insan tersayang sememangnya sesuatu perkara yang amat menyedihkan
Ia juga boleh berkait dengan mental seseorang, apatah lagi jika kita sentiasa bersamanya. Memang sukar sebenarnya nak terima takdir itu kadang-kadang.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi keadaan rakannya selepas saja pemergian kekasihnya telah menyentuh hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bilik jadi berselerak selepas pemergian kekasih
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi ketika berada di dalam bilik rakannya.
Dapat dilihat bilik rakannya itu habis kucar kacir dan berselerak serta tidak terurus selepas pemergian teman wanitanya.
"Aku decide nak tolong kemas semua dan suntik semangat untuk dia hidup, arwah teman wanita dia dah tujuh bulan meninggal dunia tapi kawan aku masih tak boleh move on," tulisnya.
Sementara itu, dia juga berkongsi hasil menabung rakannya itu yang berusaha untuk menghalalkan teman wanitanya itu.
Lihat video sambungan di bawah:
"Betul lah lelaki kalau dia sayang, sayang betul" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memahami perasaan rakannya itu dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.1M views, 335.3K likes dan 8,798 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!