[VIDEO] Kelakuan 'Penunggang Motosikal' Ini Ketika Di Lampu Isyarat Buat Netizen Pelik
Sanggup dia bertahan macam tu.
Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya
Sebuah motosikal hanya dibenarkan membawa seorang penumpang saja. Kenderaan ini memerlukan anda untuk mempunyai keseimbangan badan. Apabila berhenti, sudah tentunya kaki perlu dijejakkan ke tanah atau perlu ditongkatkan dulu.
Namun, lain pula dengan situasi yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang penunggang motosikal ketika berada di lampu isyarat menimbulkan pelbagai persoalan netizen.
Image via Buzzkini
Gigih mengimbangkan diri, tak mahu jejak kaki ke tanah walaupun lampu merah
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu seperti tidak mahu menjejakkan kakinya ke tanah semasa lampu isyarat sedang merah.
Kebiasaannya penunggang motosikal akan menurunkan kaki mereka ketika lampu sedang merah dan memulakan perjalanan apabila lampu sudah hijau.
Tetapi, lelaki ini pula malah terus cuba untuk mengimbangkan diri bersama motosikalnya kerana tidak mahu jejakkan kaki ke tanah.
"Mungkin dia sedang menchallenge dirinya sendiri" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga masih tertanya-tanya mengapa dia berbuat demikian sehingga gigih mengimbangkan diri sebegitu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.5 millions views, 398.1K likes dan 14.2K comments.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @noralhasibuanbuan (TikTok)
Image via @noralhasibuanbuan (TikTok)
Image via @noralhasibuanbuan (TikTok)
Image via @noralhasibuanbuan (TikTok)
Image via @noralhasibuanbuan (TikTok)
Image via @noralhasibuanbuan (TikTok)
Sanggup ya dia tunggu sampai lampu hijau sebab tak nak jejak kaki. Macam-macam hal betul!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment