[VIDEO] Wanita Ini Menangis Dedah Punyai 'Dua Rahim', Penat Asyik Ditanya Soal Zuriat
Zuriat ni perkara yang sensitif.
Alam perkahwinan adalah setiap impian buat pasangan yang bercinta untuk hidup bersama orang tersayang
Pastinya memasuki bahtera perkahwinan merupakan alam yang lebih mendewasakan diri kita daripada sebelum ini.
Siapa saja yang tidak mahukan zuriat sendiri selepas membina rumah tangga bersama bukan? Hal ini kerana anak-anaklah penyeri dalam sesebuah rumah tangga.
Namun, semua itu bergantung kepada rezeki masing-masing. Ada yang mendapat anak cepat dan ada juga yang terpaksa tunggu bertahun-tahun untuk mendapat anak.
Sudah 2 tahun berkahwin, sedih sering ditanya soal anak
Seperti yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila video perkongsiannya menjadi tular di TikTok kerana menceritakan kisah sedih mengenai dirinya yang sering ditanya soal zuriat.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan berkongsi kisah dirinya yang masih belum mempunyai anak walaupun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Dia juga memberitahu, meskipun kesemua soalan itu agak menyakitkan tapi dia terpaksa pendam dan menghadapi dengan tenang.
Doktor sahkan ada hanya satu buah pinggang berserta 2 rahim
Dia turut menceritakan yang dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst sebelum dia mengetahui dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang dan dua rahim.
"Sebelum berkahwin doktor sahkan saya ada cyst, pembedahan selamat dijalankan. Masa keputusan CT scan keluar, saya baru tahu rupanya selama ini saya hanya ada satu buah pinggang"
"Selepas pembedahan pula, doktor bagi tahu saya ada rahim yang unik. Rahim saya bukan satu tapi ada dua," tulisnya.
"Be strong dear insyaallah ada rezeki zuriat untuk awak nanti" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 67.3K views, 4845 likes dan 903 comments.
Biasalah mulut orang kita tak boleh nak tutup. Semoga ada rezeki anak untuk sis ni satu hari nanti :)