[VIDEO] "Kene Paksa" - Gaya Bapa Beri Makan Ubat Untuk Anak Ini Raih Perhatian Warganet
Tak berani dia nak melawan.
Gelagat tak suka makan ubat masa kecil memang memeningkan kepala ibu bapa
Mungkin tekstur dan rasa ubat yang pahit membuatkan kanak-kanak tidak berapa gemar untuk menelannya.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan pasangan suami isteri memberi makan ubat kepada anak mereka yang sakit telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bapa paksa anak buka mulut untuk telan ubat
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @zuejalil91 di TikToknya, sepasang suami isteri itu dilihat sedang memaksa anak mereka untuk menelan ubat agar cepat sembuh.
Reaksi anak kecil itu dilihat pasrah kerana dipaksa oleh bapanya walaupun sudah merayu pada ibunya untuk tidak mahu menelan ubat tersebut.
Tenyata, kaedah seperti itu sering digunakan oleh jururawat di klinik untuk membolehkan anak-anak kecil menelan ubat.
Image via @zuejalil91 (TikTok)
Image via @zuejalil91 (TikTok)
Image via @zuejalil91 (TikTok)
"Pengasuh anak saya ajar macam ini juga dulu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.4M views, 96.9k likes dan 2246 shares di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai perkara berkenaan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zuejalil91 (TikTok)
Image via @zuejalil91 (TikTok)
Image via @zuejalil91 (TikTok)
Terkedu budak tu, tak berani nak melawan :P
Image via GIFER
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment