seismik

"Bola Tersangkut" - Pemuda Ini Cuba Selesaikan Masalah, Sekali Lain Pula Yang Jadi

Nampak gayanya seperti tiada rezeki.

Cover image via @dylachibi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tragedi lucu sering berlaku di saat kita bermain permainan bersama rakan-rakan

Iyalah, kalau kita ingat semula semasa di usia kanak-kanak, sudah berapa banyak tingkap yang pecah dan bola yang hilang bila leka bermain bersama kawan-kawan betul tak?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang pemuda mencuba nasib untuk menjatuhkan bola tampar yang tersangkut telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula-mula satu bola je tersangkut, last-last makin banyak pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dylachibi di TikTok, tindakan remaja lelaki berkenaan berusaha untuk menjatuhkan bola lain yang tersangkut bertukar murung apabila bola balingannya juga turut tersangkut di bumbung

Pada awalnya, cuma ada satu bola tampar saja di bumbung itu. Namun, cubaan pemuda itu gagal dan bertukar menjadi situasi lucu apabila kesemua bola yang dibalingnya turut tersangkut.

Ramai warganet terhibur dan menganggap mereka tiada rezeki untuk mendapatkan bola itu semula.

"Bila kau cuba nak membantu tapi tak membantu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 331.1K tontonan, 20K tanda suka serta 103 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada rata-rata netizen di TikTok:

Bukan rezeki abang nampaknya, nice try :P

Image via GIFER

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: