Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Lagu Dolla Masuk Program TV Korea Selatan 'The Return Of Superman'

Wah, dah masuk program TV Korea.

Cover image via @idollaclub (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan kumpulan popular tempatan, Dolla bukan?

Nama mereka kini semakin dikenali di luar Malaysia dan mendapat perhatian ramai. Sudah tentu, ia adalah satu pencapaian yang bagus buat industri muzik di Malaysia.

Selepas persembahan mereka dalam program realiti televisyen (TV) di China, Show It All, tular di media sosial, mereka dapat mengembangkan bakat dan karya ke peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, nama Dolla kembali menjadi perhatian apabila program televisyen hiburan popular Korea Selatan, 'The Return Of Superman' telah memainkan lagu mereka berjudul Look At This.

Image via @idollaclub (X)

Tabby luah rasa teruja lihat video

Menerusi video di laman X, salah seorang ahli kumpulan berkenaan bernama Tabby meluahkan keterujaannya selepas melihat klip video tersebut.

"Versi bahasa Inggeris Look At This mendapat pengiktirafan dalam rancangan di Korea, Syukur," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Bukan senang lagu nak dimainkan dalam rancangan di Korea :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment