[VIDEO] Laju Macam 'Kereta Api' Bercakap Buat Food Review, Gadis Ini Buat Ramai Terhibur
Laju weh dia bercakap.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita lihat pada hari ini ramai yang sudah mula mengambil bayaran dengan melakukan food review di media sosial
Ini merupakan salah satu punca pendapatan yang mudah bagi sesetengah orang. Kebiasaannya food review ini akan dilakukan oleh selebriti terkenal kerana ia mungkin akan menaikkan lagi jualan produk tersebut.
Namun, lain pula terjadi dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis membuat food review mencuri perhatian ramai sehingga tergelak.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah macam 'kereta api laju' bercakap masa buat food review
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang melakukan food review mengenai menu terbaru daripada KFC.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gadis itu ternyata mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengulas makanan tersebut. Dia dilihat bercakap dengan laju sekali semasa membuat food review berkenaan.
Malah, ia tidak ubah seperti sedang menyanyikan lagu rap! Dia juga menggunakan hanya satu nafas saja dalam memberikan ulasan mengenai makanan itu. Videonya itu telah mencuri tumpuan ramai netizen di media sosial.
Image via @faizedzahar (Twitter)
Image via @faizedzahar (Twitter)
"Dasyat, suara lagi laju daripada pergerakan mulut. Ni baru betul kelajuan bunyi" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen sememangnya terhibur selepas melihat video tersebut.
Ramai yang tidak menyangka gadis itu boleh bercakap dengan sangat laju. Hanya satu nafas je! Ada juga yang menyamakannya dengan penyanyi rap antarabangsa popular iaitu Eminem kepada Eminah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 93.6K views, 4,080 retweets dan 4,026 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Seriuslah satu nafas je dia guna. Kalau korang boleh tak? :P
Image via SAYS Seismik
Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment