[VIDEO] Lelaki Ditelan Paus Humpback Ketika Sedang Berkayak - "Saya Ingat Saya Dah Mati"
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di perairan berhampiran bandar Punta Arenas, Chile.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seekor ikan paus humpback secara tiba-tiba menelan seorang lelaki yang sedang berkayak perairan pantai di Chile baru-baru ini
Menerusi laporan Berita Harian, lelaki tersebut, Adrian Simancas bagaimanapun bernasib baik apabila paus berkenaan memuntahkannya semula beberapa saat kemudian.
"Tiba-tiba saya mendapati seakan seperti diangkat oleh sesuatu seakan ombak. Saya merasakan sesuatu berwarna biru dan putih melintas dekat dengan muka saya, seperti di sebelah dan di atas.
"Saya panik dengan apa yang sedang berlaku. Kemudian saya hanya sedar seperti sudah tenggelam dan ditelan.
"Saya fikir saya sudah mati. Ia seperti tiga saat yang pelik di bawah sana," katanya.
Image via YouTube
Insiden terbabit sempat direkod oleh bapa Andrian yang berada berdekatan dengannya pada waktu itu
Menurut bapa kepada Andrian, Dell Simancas berkata dia terus mengambil kamera selepas mendengar bunyi hempasan ombak ketika dirinya berada di dalam kayak yang lain.
"Saya keluarkan kamera dan terdengar bunyi ombak menghempas di belakang saya dengan kuat. Apabila saya berpaling, saya tidak nampak apa-apa.
"Jadi, itulah detik menakutkan kerana saya tidak melihat Adrian selama kira-kira tiga saat. Kemudian dia tiba-tiba terpelanting keluar tanpa kayak, dan beberapa saat kemudian kayaknya muncul, dan kemudian saya melihat sirip ikan paus berkenaan," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment