[VIDEO] Lelaki Ini Ajar Teknik Angkat Tong Nasi Ayam Yang Betul Tapi Ada Plot Twist Pula
Cara-cara angkat tong nasi ayam mak chili
Bazar Ramadan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah hidangan berbuka puasa
Jadi pasti ramai yang akan berkunjung ke gerai-gerai di bazar Ramadan menyebabkan ramai peniaga tak menang tangan untuk menyediakan pesanan daripada pelanggan.
Ini telah menyebabkan peniaga-peniaga perlu mengangkat benda-benda yang berat dalam menyediakan makanan.
Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang peniaga nasi ayam mengajar cara-cara mengangkat tong nasi di bazar Ramadan telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Tunjuk cara-cara angkat tong nasi ayam mak chili
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasiayammakchili di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan teknik yang betul untuk mengangkat tong nasi ayam chili di gerainya di bazar Ramadan Taman Melawati.
Tambahnya lagi, dia juga ingin mengajar cara-cara untuk mengangkat tong nasi itu tanpa rasa sakit di bahagian lengan. Begitu juga, tanpa perlu bongkokkan badan yang mana boleh menyebabkan bahaya kepada tulang pinggul.
Namun, sebenarnya 'cara yang betul' itu adalah dengan memanggil Daus iaitu salah seorang pekerja di gerai nasi ayam chili berkenaan untuk mengangkat tong yang berat itu.
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
"Rasa menyesal pulak tengok sampai habis haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 494.2K views, 37.6K likes dan 513 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga komen yang ingin 'order' Daus.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Image via @nasiayammakchili (TikTok)
Rasanya Min pun kena order Daus kot untuk elakkan sakit belakang apabila angkat berat kan :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment