seismik

[VIDEO] Individu Rakam Budak Lelaki 'Healing' Atas Bumbung Ini Curi Perhatian Ramai

Lain macam betul spot dia healing ya.

Cover image via @ijahahmad90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi lumrah hidup seorang manusia untuk mengharungi pelbagai dugaan atau masalah dalam kehidupan

Jadi ramai yang memilih untuk healing supaya dapat melupakan segala masalah buat seketika. Healing adalah satu proses untuk kita menyembuhkan diri dan memulihkan diri.

Ramai yang sering kali menjadikan kafe atau pantai sebagai tempat healing. Namun, lain pula yang jadi apabila dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang healing telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Duduk healing atas bumbung rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ijahahmad90 di TikTok, kelihatan individu sedang merakam seorang budak lelaki yang tengah healing di atas bumbung rumahnya. 

Video berkenaan memaparkan budak lelaki itu sedang healing sambil mengelamun pada waktu petang semasa ramai yang sedang berjalan di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. 

Individu ini telah merakam pelbagai jenis aneka kuih muih di gerainya dan juga orang ramai yang sedang berjalan namun pada akhir video berkenaan, dilihat seorang budak lelaki sedang duduk atas bumbung rumah. 

"Lain mcm port healing haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 731.9K views, 89.2K likes dan 2,566 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan ada juga yang terhibur melihat kelakuan random budak lelaki berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam hal ya, adik dah turun ke belum tu? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: