[VIDEO] Ustaz Kongsi Ingat Ada Orang Minta Sedekah, Tapi Rupa-Rupanya Lain Pula Yang Jadi
Tak expect pula jadi macam tu.
Kedatangan Ramadan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana pahala yang berlipat ganda dan pintu keampunan Allah SWT terbuka luas
Umum mengetahui, kita sudah memasuki fasa terakhir yang mana 10 malam akhir Ramadan, umat Islam diseru untuk memperbanyakkan amalan seperti memberi sedekah kepada orang lain.
Namun lain pula yang jadi, apabila dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki merakam dirinya di dalam kereta telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Ingat peminta sedekah tapi tawarkan RM50 kalau minum air
Menerusi video yang dimuat naik oleh @almahiraja di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang menceritakan kisahnya disapa oleh seseorang ketika dia berada di dalam kereta.
Dia yang sedang menguruskan hal posting barang kemudian ditegur oleh seseorang yang mengetuk tingkap keretanya.
Dia mengira itu adalah peminta sedekah namun ia bukanlah yang disangka apabila individu itu pula yang menawarkannya RM50.
Yang paling mengejutkan, individu berkenaan ingin membuat satu challenge di mana lelaki ini harus meneguk air sehingga habis.
Dalam video itu dapat dilihat dia amat terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh individu tersebut kerana challenge yang dibuat adalah pada bulan puasa.
Tambahnya, individu berkenaan terus mendesaknya untuk meminum air tersebut dan mengatakan ini bukan social experiment atau konten prank namun dia tetap tegas dengan pendiriannya.
Di akhir video berkenaan, lelaki itu cuba menceritakan kembali bagaimana dia disapa dari luar kereta sambil memegang wang RM50 di tangannya.
"Ustaz punya plot twist haha" - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!