seismik

Niat Nak Rakam Beli Nasi Kandar, Tapi ‘Ending’ Video Ini Pula Ada Plot Twist

Kesian betul abang ini.

Cover image via @adbxabgsodok (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita sedia maklum, bazar Ramadan menjadi tarikan orang ramai yang ingin mencari juadah berbuka puasa

Pelbagai juadah dan menu yang ditawarkan di bazar Ramadan menjadi buruan ramai pelanggan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman video di bazar Ramadan telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beli nasi kandar tapi terjatuh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adbxabgsodok di TikTok, kelihatan seorang individu sedang membeli nasi kandar bagi juadah berbuka puasa di sebuah gerai mamak di bazar Ramadan. 

Dalam video itu dilihat dia merakam jenis-jenis lauk yang ada di bazar berkenaan dan cara-cara bagaimana pesanannya disediakan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila pinggan nasi kandarnya terjatuh ketika hendak dibungkus menyebabkan dia jadi terkejut dengan situasi itu. 

"Weh haha tak expect ending dia macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 111K likes dan 1,695 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan pengakhiran video ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak sedap pula nasi kandar tu Min tengok :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: