seismik

[VIDEO] Lelaki Buat Konten Seni Potong Buah Nanas Bentuk Parrot Ini Buat Ramai Kagum

Kreatif betul dia potong buah tu.

Cover image via @aminxabid (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memotong buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pelbagai bentuk adalah karya seni yang amat unik

Untuk merealisasikannya, ia memerlukan kemahiran yang luar biasa dan cara pemikiran kreatif. 

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki memotong buah telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Potong buah dan sayur jadi bentuk parrot

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aminxabid di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang memotong buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi bentuk seekor haiwan iaitu parrot

Dia dilihat telah disuruh oleh adiknya ketika sedang berehat di atas buaian untuk memotong buah nanas tersebut bagi hidangan berbuka puasa. 

Dalam video itu, dia menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan seperti buah nanas, lobak merah, sebiji epal dan cara-cara memotongnya untuk membuat parrot berkenaan. 

"Nak makan pun sayang ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.4M views, 237.9K likes dan 2,672 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan bakat lelaki ini. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cantik dan sangat kreatif, memang berbakat betul abang ini :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: