seismik

Lelaki Rakam Kedai Makan Guna Pelaris, Tapi ‘Ending’ Video Ini Pula Ada Plot Twist

Betul ke ada pelaris?

Cover image via @sodamasakmerah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai yang suka lepak dan makan di restoran kan?

Meluangkan masa bersama-sama keluarga atau kawan-kawan sambil menikmati makanan yang sedap.

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan yang dikatakan ada 'pelaris' telah meraih tumpuan ramai.  

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Pakai 'pelaris' tapi rupanya seekor kucing

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sodamasakmerahdi TikTok, kelihatan seorang individu merakam dirinya dan kawan-kawannya sedang menikmati hidangan makanan dan lepak di sebuah kedai makan.

Dalam video itu, dia telah mengatakan bahawa kedai tersebut telah menggunakan pelaris untuk bagi menarik pelanggan serta melariskan perniagaan. 

Namun, sebenarnya 'pelaris' yang dikatakan itu hanyalah seekor kucing yang duduk di atas papan di kedai makan itu. 

"Alahai comelnya pelaris tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 401.9K views, 37.7K likes dan 310 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan jatuh cinta dengan kecomelan kucing itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun terkejut tengok tiba-tiba ada kucing pula :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: