seismik

[VIDEO] Buat Remix Lagu Solo Baru Jisoo BLACKPINK, Gelagat Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

Kreatif dan unik betul remix flower ni.

Cover image via @delailaandazim (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Salah seorang ahli kumpulan popular BLACKPINK, Jisoo telah mengeluarkan album solo pertamanya yang diberi nama "ME"

Dalam album tersebut terdapat dua lagu iaitu Flower dan All Eyes on Me. Lagu debut solonya yang bertajuk Flower menjadi pilihan pendengar di laman YouTube di mana muzik video berkenaan sudah mencecah 89 juta tontonan selama enam hari ditayangkan.

Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang menyanyi lagu ini telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat remix lagu flower dan "air pasang pagi"

Menerusi video yang dimuat naik oleh @delailaandazim di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang rancak menyanyikan lagu Flowers dengan lagu kanak-kanak di dalam keretanya.

Dalam video itu, dia dilihat membuat remix dengan irama lagu Jisoo itu bersama lirik "air pasang pagi" sambil dirakam oleh isterinya.

Di akhir video itu memaparkan reaksi isterinya yang dilihat terkesima dan terkejut dengan tindakan suaminya membuat remix tersebut. 

"How to unhear this? Dah stuck dalam kepala otak." - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 852.6K views, 139.2K likes dan 1,879 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja mendengar remix tersebut kerana kena dengan irama lagu itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min pun ikut sekali nyanyi bila dengar remix abang ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: