[VIDEO] Kejut Anak-Anak Sahur Guna 'Meriam', Gelagat Bapa Ini Curi Perhatian Ramai
Memang lain daripada yang lain cara kejut sahur ni.
Bangun sahur merupakan satu kewajipan bagi mendapatkan keberkatan dan mempersiapkan diri untuk berpuasa pada keesokan harinya
Namun, ia juga sering menjadi masalah kerana ramai yang sukar untuk bangun pada waktu sahur walaupun dikejutkan oleh ahli keluarga atau kawan-kawan.
Terbaru, tular dalam sebuah video yang menunjukkan cara seorang lelaki mengejutkan anak-anaknya sahur telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna 'meriam angin' buat kejut sahur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @muka_macaron di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mengejutkan anak-anaknya untuk bangun sahur di rumahnya.
Namun caranya mengejut sahur adalah berbeza dari yang lain, iaitu dengan membuat sebuah 'meriam angin' menggunakan batang paip dan juga botol mineral.
Rakaman video yang dirakam memaparkan dia sedang membina meriam dan melepaskan 'letupan' tersebut dari tingkat bawah rumahnya sambil memakai kain pelikat dan kopiah putih.
Dalam video berkenaan dapat dilihat, 'meriam' yang dibina itu telah menghasilkan bunyi dentuman yang amat kuat.
"Ini sekali dengan jiran-jiran bangun ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 469.7K views, 46.1K likes dan 536 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan bunyi yang dihasilkan dan ada juga yang kagum dengan ciptaan tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!