[VIDEO] Lelaki Ini Dikecam Ramai, 'Persoal' Cara Chef Ammar Kendalikan Makanan Yang Dijual
Lain kali datang extra awal bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Nama Chef Ammar sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Juadah nasi arabnya yang viral sejak akhir-akhir ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi orang ramai kerana harga yang dikatakan 'cekik darah'. Walau bagaimanapun, hanya mereka yang pernah membeli saja tahu kualiti makanannya sesuai dengan harga yang diletakkan.
Baru-baru ini tular pula sebuah rakaman seorang lelaki 'meroyan' gara-gara tidak dapat membeli nasi arab Chef Ammar telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bengang dah beratur lama sekali tak dapat beli nasi arab sebab dah 'licin'
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mrbukhari46, kelihatan lelaki berbaju oren itu bersemuka dengan Chef Ammar.
Rupa-rupanya, lelaki berkenaan memberitahu dia sudah beratur lama dan tidak dapat membeli nasi arab kerana pembeli sebelumnya memborong juadah tersebut dengan kuantiti yang banyak.
Bukan itu saja, dia siap menyuruh Chef Ammar untuk meletakkan limit kepada pembeli supaya orang lain dapat merasa nasi arabnya itu.
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
"Bro, first come first serve la. Orang tu bukan sehari dua meniaga situ, bertahun-tahun dah woi. Dia pulak nak atur chef tu, hang pi la bukak kedai hang" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 2.9M views, 152.8K likes dan 2.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap lelaki itu.
Ramai berpendapat bahawa jika dia tidak mahu hal seperti itu berlaku, dia yang perlu datang awal dan tidak menyalahkan Chef Ammar semata-mata.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Image via @mrbukhari46, (TikTok)
Dah nama pun kedai viral, janganlah expect makanan sentiasa ada. Siapa cepat dia dapatlah :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment