Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Prank Suap 'Charger' Ke Mulut Anak Sebab Leka Bermain Telefon

Kesian kat budak tu tapi ayah dia punya gelak lawaklah!

Cover image via @gilatube (Instagram)

Sepertimana yang kita tahu, kanak-kanak zaman sekarang lebih cenderung ke arah teknologi dan gajet

Berbanding semasa kita kecil dulu yang lebih suka bermain permainan tradisional, kanak-kanak sekarang sememangnya diajar dari mereka kecil menggunakan telefon sebagai medium untuk bermain game.

Jadi, tidak hairanlah jika anda pernah ternampak kanak-kanak merengek di dalam shopping mall dan hanya boleh diam kalau ibu bapa mereka memberikan telefon.

Namun, kadangkala fenomena ini menimbulkan kebimbangan buat ibu bapa kerana boleh menyebabkan anak-anak menjadi tidak hirau dengan keadaan sekeliling dan hanya membuat hal sendiri.

Situasi tersebut juga turut terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan ini apabila videonya tular di laman Instagram ketika dia terlalu leka bermain telefon dan telah diprank oleh ayahnya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Leka bermain telefon sambil makan, ayah prank suap charger dalam mulut

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu sedang disuap makan oleh ayahnya sambil bermain telefon.

Namun tanpa disedari, ayah kanak-kanak itu sengaja menyuap kepala pengecas telefon ke dalam mulut anaknya kerana melihat dia terlalu asyik melihat telefon sampai makan pun tak pandang sekeliling.

Kanak-kanak itu kemudiannya menangis dan bertindak memukul ayahnya yang gelak tak henti-henti selepas dia menganga ingin makan pengecas tersebut.

Image via @gilatube (Instagram)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 342k views, dan 34k likes di Instagram

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu selepas diprank oleh ayahnya dan berkata cara lelaki itu gelak sangat menghiburkan.

Antara komen-komen menarik daripada netizen di Instagram:

Image via @gilatube (Instagram)

Image via @gilatube (Instagram)

Image via @gilatube (Instagram)

Image via @gilatube (Instagram)

Image via @gilatube (Instagram)

Image via @gilatube (Instagram)

Itulah adik, lain kali jangan focus sangat tengok phone tu. Kan dah kena :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment