Tak Boleh Tengok Teman Wanita Belanja Makan, Lakonan Lelaki Ini Buat Ramai Boleh Relate
Kaum lelaki boleh lah cuba cara ni.
Siapa yang patut bayar makan, lelaki atau perempuan?
Siapa yang tak suka kan kalau ada orang pelawa nak belanja makan? Lagi-lagi kalau makan dekat tempat makanan mahal. Bila kaum perempuan pelawa belanja jadi hal pula kaum lelaki kata tak boleh tengok perempuan bayar.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang nampak seperti menghalang teman wanitanya dari membayar bil tapi lain pula jadinya.
Lihat video tersebut di bawah:
Betul-betul tak boleh tengok perempuan yang bayarkan
Menerusi perkongsian video daripada @whitesugar.my, lelaki tersebut pada mulanya dilihat seperti seorang gentleman kerana dia dilihat seperti ingin menghalang daripada teman wanitanya membayar bil dan mengatakan dia seorang yang tidak boleh tengok perempuan yang bayarkan bil.
Rupa-rupanya, apa yang dilakukan oleh lelaki itu betul-betul mengiyakan kenyataannya sebelum itu di mana dia secara tiba-tiba menutup matanya menggunakan topi yang dipakainya.
Image via @whitesugar.my (TikTok)
Image via @whitesugar.my (TikTok)
"Bagus lelaki mcm ni, jujur itu hal terindah dalam setiap perhubungan" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, ia telah mendapat 147.5K views, 8,266 likes dan 892 shares di TikTok.
Rata-rata netizen di ruangan komen juga banyak memberikan reaksi terhibur dengan video yang dihasilkan tesebut.
Di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Image via @whitesugar.my (TikTok)
Image via @whitesugar.my (TikTok)
Image via whitesugar.my (TikTok)
Kaum wanita lepas ni berhati-hatilah kalau partner anda cakap macami ni :p
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment