Video Viral Lelaki Jadi 'Akak Tom Yam' Ini Kelakar Habis, Siti Nurhaliza Pun Komen!
Sebenarnya ramai di antara kita yang boleh 'relate' dengan situasi-situasi yang dipaparkan dalam video ini.
Restoran atau gerai tom yam sangat umum di negara kita sehinggakan selalu menjadi jawapan kepada persoalan, "Nak makan mana?"
Kedai tom yam yang selalunya beroperasi sampai lewat malam ini bukan setakat boleh jadi port melepak dengan kawan-kawan, tapi ada juga yang tengok perlawanan bola sepak di sini. Iyalah, sekali-sekala tengok bola di luar rumah best juga.
Image via Food Advisor
Buat peminat kedai tom yam, anda pasti perasan satu karakter tertentu ini yang akan sentiasa ada di situ iaitu Akak Tom Yam. Akak Tom Yam ini pula selalunya terkenal dengan penampilan kemeja-T lengan pendek beserta tudung.
Boleh dikatakan kebanyakan Akak Tom Yam ini semuanya kelihatan serupa tidak kira di mana-mana sahaja kedai tom yam!
Terbaru, satu perkongsian video daripada seorang lelaki menunjukkan jenis-jenis Akak Tom Yam telah menarik perhatian orang ramai
Nurshafiq Naser yang juga merupakan seorang influencer di laman Instagram serta aplikasi TikTok telah memuat naik video tersebut yang kemudiannya dikongsikan semula menerusi Instagram Meletop.
Ternyata rakaman video menunjukkan pelbagai sikap pelayan restoran itu ketika mencatat pesanan makanan membuatkan ramai di antara kita yang boleh relate dengan situasi-situasi yang dipaparkan.
Hasil tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet suka melihat gelagat Nursyafiq Naser sehingga perkongsian semula di Instagram berkenaan itu juga telah meraih ribuan tontonan.
Image via Instagram @meletop
Bukan setakat rakyat marhaen yang terhibur tetapi penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza pun turut meninggalkan komen
Dalam komennya, penyanyi terkemuka itu telah menyamakan Nursyafiq Naser dengan seorang lagi individu terkenal tanah air iaitu Johan Raja Lawak.
Image via Instagram @meletop
Mana satu Akak Tom Yam favourite korang?
Image via Facebook SAYS Seismik
Dah tengok video TikTok Siti Nurhaliza dengan Siti Afiyah?
Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:
Leave a comment